CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 3 Ogos 2011

Ciri-Ciri Isteri Solehah







* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.


* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.


* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.


* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dansebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Isnin, 1 Ogos 2011

hari pertama di bulan Ramadhan...

Alhamdulillah... satu hari sudah kita lepasi.. mcm mane dengan puasa rakan2 ku syg ? harap2 segala dugaan yang berlaku hari ini di jadikan sebagai satu ujian daripada Allah SWT kepada kita...


cik fa pun nk berkongsi satu cerita... hari ni juga merupakan hari pertama cik fa bekerja... bekerja ?? OMG ! hehe....utk pengetahuan semua, cik fa dah pun selesai latihan praktikum pada penghujung bulan 7... nk dikatakan rezeki hari Khamis, cik fa dapat offer kerja oleh salah seorang pen. pegawai di tempat cik fa praktikal.. Alhamdulillah... harap2 impian cik fa nk pegang duit sendiri nti tercapatla hendaknya.. xkisahlah sebualan jew keje nyer tapi masa cuti cik terbuaang dengan perkara2 yang berfaedah... rasenyer la kan, ini lah satu2 nya pengalaman cik fa yang sgt berharga...mane taknyer, sepanjang cuti 4 bulan ni ade je aktiviti yang dapat cik fa lakukan...at least xla cik fa bosan cuti 4 bulan nii kan...


ok lah...nti kita sambung cerita di next entry k...


P/s : SELAMAT BERPUASA UNTUK RAKAN@ KU SEKALIAN....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...