CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label zon nasihat menasihati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zon nasihat menasihati. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mac 2012

JANGAN



pagi2 bukak FB ternampak satu post yg menginsafkan ... ye, kdg2 mmg manusia selalu lalai ....jOm same2 

baca dan berfikir sejenak ...


jangan sengaja lewatkan solat,

jangan masuk ke tandas, tanpa alas kaki,
dikhuatiri terpijak najis akan mengotori seluruh rumah,

jangan makan dan minum dlm bekas yang sumbing/pecah,
makruh kerana ia membahayakan,

jangan biarkan pinggan/mangkuk tidak dicuci,
makruh kerana ia mewarisi kepapaan,

jangan tidur selepas subuh,
nanti rezeki dijauhkan,

jangan makan tanpa membaca BISMILLAH,
nanti rezeki dikongsi syaitan,

jangan keluar rumah tanpa niat untuk kebaikan,
takut2 mati dalam perjalanan,

jangan pakai kasut/selipar yg berlainan pasangan,
makruh dan mewarisi kepapaan,

jangan biarkan mata liar di perjalanan,
nanti hati gelap diselaputi dosa,

jangan menangguh taubat bila berdosa,
kerana mati boleh datang bila-bila masa,

jangan ego untuk meminta maaf,
kerana kita memang selalu melakukan kesilapan,

jangan mengumpat sesama insan,
nanti rosak persahabatan,

jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam hidup kita,
nanti sombong bila berjaya, bila gagal kecewa pula,

jangan bakhil untuk bersedekah,
ianya memanjangkan usia kita,
dan memurahkan rezeki kita,

jangan banyak ketawa,
nanti mati jiwa,

jangan berbohong,
kerana ianya ciri-ciri munafik,

jangan menganiaya sesama makhluk,
doa mereka cepat dimakbulkan,

jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN,
semuanya untuk kesejahteraan kita,

JANGAN biarkan saja post ini disini,
hantarkan kepada semua saudara ISLAM kita,
sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik
untuk hamba2 NYA.




assalamualaikum........

p/s : Allah Maha Pengampun ....

Isnin, 5 Mac 2012

show me the right paith Ya Allah ....

~✿ Bila kita memang dijodohkan, apapun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan. 
Namun bila memang kita tidak dijodohkan, apapun usaha pastikan tiada hasilnya ✿~


>>> Ya ALLAH, ajarkan kami mencintai dgn sederhana, ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu. 


>>>Ya ALLAH, jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, aku mencintainya kerana-Mu, aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yg terbaik menurut kehendak Engkau ya ALLAH..(✿◠‿◠)


Rabu, 9 November 2011

mrapu skejap !


Salam... mase dok belek2 fb skali terjumpe kata2 nih... tertarik gak kata2 ni tambah plak dgntulisan yg comel n kaler pink ! like bnyk kali ... yeay ! :)



saya setuju !! korunk ?? :)

Rabu, 3 Ogos 2011

Ciri-Ciri Isteri Solehah







* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.


* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.


* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.


* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dansebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Sabtu, 30 Julai 2011

13 Alasan Wanita Yang Enggan Menutup Aurat


. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)
Hanya sekadar renungan….
Kredit- solihinzubir.com

ramadhan tiba lagi

assalamualaikum semua kawan2... pejam celik kita dah pun berada pada penghujung bulan 7 ... ini juga bermakna kita berada di penghujung bulan Syaaban iaitu bulan yang sgt di galakkan oleh Allah SWT untuk membuat lebih amal ibadah seperti berpuasa dan bersedekah.


hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan yang sgt mulia iaitu bulan Ramadhan ... di bulan Ramadhan ini juga kita sebagai orang Islam diwajibkan berpuasa selama 30 hari dan melakukan serta mecari pahala seperti bersedekah dan menunaikan solat tarawikh...


sempena bulan ramadhan yang bakal tiba, cik fa nk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua masyarakat yang beragama Islam... semoga kedatangan bulan yang mulia ini, kita dapat sama2 menyucikan hati dan rohani daripada pelbagai sifat2 yang dilarang oleh Allah... InsyaAllah...



Selasa, 29 Mac 2011

:: daripada wanita kepada wanita ::

Al-kisah nyer.....................

wanita (HAWA) dijadikan daripada tulang sum-sum lelaki (NABI ADAM) asalnyer....
Oleh itu...sehingga kini wanita merupakan tulang belakang kepada lelaki dalam mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan..........

 DAN
BERTUAHLAH anda dijadikan sebagai seorang WANITA...........


juga....jadilah seorang wanita yang SOLEHAH agar kelak kamu akan dihOrmati oleh setiap gOlongan masyarakat......


SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH

Mentaati Perintah Suami
Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan.

Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya
Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan.


Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya
Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya. 

Menolong Suami Dalam Urusan Agama Dan Dunia
Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci Allah. Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya. Dia juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sahih yang bermaksud:
"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."


AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN


Al-Baqarah ayat 285-286
(melapangkan hati, melenyapkan duka)
Al-Baqarah ayat 201
(memohon kebaikan di dunia dan akhirat)

Al-Mumtahanah ayat 4&5
(Tawakal dan dijauhkan dari fitnah)


sesungguhnya aku bukanlah seorang wanita yang baik dan sempurna...tetapi aku akan berusaha untuk menjadi seperti itu...........Allah sayangkan semua hamba-hambaNYA  :)


tatataaa..............  ;D


Sabtu, 26 Mac 2011

:::kata-kata hikmah tuk hari nih::

sEnyUm, sMilE :)

bak kata org2 tua..biar manis pada senyuman jgn manis pada minuman...hikhikhik..
tapi kadang2 ade jugak manusia yg susah sgt nk senyum...senyum tu kan sedekah...tol x??
mai kite ketahu serba sedikit himah senyumm....:)

Senyum adalah SEDEKAH, kerana orang yang tersenyum adalah orang yang mampu memberikan rasa aman dan rasa persahabatan pada orang lain.Senyum juga menggambarkan karakter keadaan si pemberi senyum bahawa dia mempunyai sifat lembut, ramah, dan bersahaja. Untuk memotivasi para sahabat, suatu hari Rasulullah saw berpesan, "Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain," (HR Muslim).

Orang yang selalu bermuka cerah, tentu akan mendapat tempat dan disukai oleh banyak orang, sebaliknya orang yang hanya cemberut saja, mudah tersinggung dan marah akan dijauhi banyak orang. Keadaan yang terkini justru akan merosakkan keseimbangan fizikal, tekanan darah naik, detak jantung tidak menentu dan lekas tua. 

orang yang tersenyum, tertawa tidak berlebihan, membuat jasmaninya sihat terutama dapat mengendurkan ketegangan otot wajah, wajahnya selalu terlihat berseri dan indah dipandang.

ha bole wat jamu nih...awekksss muda...hikhikhik....

tapi jgn senyum2 kambing pulakzzzssss....mcm ni ha...


ha...cantik x ceng gitu??x kan???jadik...senyumla betol2 dan ikhlas mcm nih...
bwh nih ha...


aiy00ooo....ni bukan senyum la...haish!!huhuh...

haaaaa.......mcm ni la senyummmm..


 bak mcm dlm lagu nih...
Ayat
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Paduan suara
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Komen Nyanyi lagu ayat ayat lama mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


mcm ni pun boleyyy...janji cenyum ye...hihihi....

s0....jgn lupe cenyummm2 yea...daaaaaaaaaaaa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...