CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mei 2012

Produk Catalyst

Assalamualaikum .... hari ni nk update tentang produk catalyst pulak ... Ada sape2 penah dgr tentang kelapa minyak dara atau VCO ? ya, sy pun baru dgr ... sy xtahu pun ape kelebihan produk ni smpaila satu hari sy tergerak hati nk baca khasiatnya .... baiklah, sy terangkan sikit khasist VCO ni ya ...

Khasiat Virgin Coconut Oil (VCO)



1.menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.


2. mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil. 


3. VCO ada 2 jenis. Ada yang liquid dan ada yang softgel. 


Tapi yang ni ialah VCO softgel. VCO softgel paling laris sebab senang nak telan dan boleh boleh juga pakai 


di muka. VCO ini boleh digunakan secara 2 in 1.


 4. Halal ke VCO ni? VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) 


Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu. KHASIAT


VIRGIN COCONUT OIL (VCO CATALYST):


KECANTIKAN LUARAN :


membantu megurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik- menghasilkan tenaga segera 


jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah 


garis-garis halus- mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dematitis- melembut dan mengurangkan 


kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet




KESIHATAN DALAMAN : 


meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental- memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin2 


dan asid amino- melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis-


mengurangkan stress pada pankreas dan sistem2 enzim dlm tubuh- meningkatkan penyerapan kalsium dan 

magnesium utk tulang dan gigi yg kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis- mencegah risiko


sakit jantung- mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.




 KESAN SEGERA PENGAMBILAN VCO:


1. melegakan pernafasan-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong 


2. pembuangan air besar dan kecil- menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang


 toksin melalui najismeningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh-minyak kelapa dara diserap terus


 sebagai komponen tenaga dalam badan-badan akan terasa lebih bertenaga .memusnah organisma perosak-


seperti virus, bakteria, kulat dan ptotozoa(cacing) yang terdapat dlm usus kecil dan besar. jadi penghadaman


 mencapai tahap maksima.


3.mengurangkan keadaan mudah lapar-bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih 


khasiat dan tenaga. oleh itu berat badan terkawal-tidak perlu makan banyak dan kerap mengurangkan 


kandungan lemak badan-berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorangmengurangkan risiko 


serangan sakit jantung dan darah tinggi-mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran


 yang berhubungan dengan jantung




4. mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru-mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.




Untuk makluman lanjut : boleh sms sy di : 012-378 9767 ..
harga RM38 utk VCO manakala Collagen RM58 :)

Rabu, 19 Oktober 2011

saya punyer supplement !

zaman sekolah skrg, sebelum pegi sekolah mak2 kat umah tuh mesti ade sediakan satu atau dua supplement tuk bg anak depa ni makan... nak bg pandai la katakan.. tapi masa zaman aku sekolah dulu, mana da supplement2 nih... vitamin ka, ghinko ka, kismis ka,  mana daaa... yg mak aku bg sebelum g klas bekal karipap sebab mak aku dulu jual karipap...hehehhehe... la ni, zaman pun dah millenium la sgt, depa pun da pndai cr supplement bg anak2 mkn... tapi tula, kalo dok bg makan supplement smpai habes duit beratu s kalo x baca buku gak, mana nk pndai tol dak ? lg2 skang mcm2 jenis produk depa dok jual kat pasaran...yg mane murah tu mampu la beli..kalo yg mahal, mampu nengok jelaaaaaaaa  ^__^

walaupun dulu aku x diberi mkn supplement sblm g skolah dan hanya berbekalkan karipap, dapat gak aku sambung blajaq... syukur... nk heran pa, la ni bnyak sgt dah IPT dok bercambah mcm cendawan tumbuh pas hujun nun... tapi kalo nk masuk IPTA ni rezeki masing2 la..kalo da dapat masuk tuh, x blajaq tul2 xtau la nk katakan...

dok cita pasai supplement, la ni aku dok amalkan mkn benda ni dari aku sem 1 tahun pertama lagi nih.. yg aku tau basic needs besa la KISMIS... Imam Zuhdi pun ada kata " SESIAPA YANG INGIN MENGhAFAL HADITH HENDAKLAH IA KERAP MEMAKAN ANGGUR KERING".... kismis la tuhh....

tapi yg aku dok amalkan skang nih mcm kismis, madu, herba habbatuss sauda ngan ghinko.... dan dan dan... air penerang hati....


so, secara purata aku amalkan 5 makanan ni sebelum ke kelas atau sebelum aku pi blajaQ... tuk kismis, sapa2 nk beli, aku cadangkan beli yg sudah dibaca dengan surah2 tertentu seperti zafaran dan al-wafi... tuk madu lak, terpulang nk mkn madu apa jnji madu yg diperbuat drpd orang Islam sendiri...tapi yg aku amalkan madu Naqia dengan Herba Za'faran... Habatuss sauda lak aku beli online kat sorang ustaz ni.. hampa google la "ZAMDURRANI"... ustaz ni penah kluaq kat Al-Kuliyyah TV 3 ... sbb tu aku yakin depa ni xtipu punya...harga RM10.. kelebihan tuk sapa2 yg gugup, x yakin, boleh amalkan herba nih.. menurut Al-Bukhari " Tetaplah kamu dengan Al- Habbatus Sauda kerana sesunguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam (maut)....InsyaAllah....



yg tuk ghinko lak, aku mkn Nutricelle keluaran Nutrimetics... np aku mkn nutrimetic punyer? sbb selepas aku menghadiri satu bengkel, produk2 keluaran nutrimetics ni tidak mengandungi sebarang bahan kimia... semua produk di perbuat daripada tumbuh tumbuhan... jadi, selama aku amalkan supplement ni, Alhamdulillah belum ada apa2 kesan dah harap2 xde la...selain nutrimetics, kalo hampa pi kat farmasi, hampa ckp nk ghinko.. pun ada gak tapi keluaran company lain laaa... mane2 ghinko boleh makan sbb sumber utama depa adalah PEGAGA... PEGAGA merupakan salah satu ulam yg sgt baik untuk minda... Harga RM 17 mengikut promosi - 50biji.. kalo yg kat farmasi RM40 tuk 100 biji....



air penerang ati penting gak... baca lah Surah Yassin dan minum la air tersebut... TAPI !!!!! INGAT yek.... makan bnyak mana pun supplement kalo x blajaq x guna gak.... yang penting, USAHA, DOA, TAWAKAL...

p/s : sblm mkn tuh selawat la bnyak2...

sekian terima kasehhhhhh ~~~~~






Jumaat, 10 Jun 2011

manfaat terpendam dalam ketawa


hanya dengan ketawa, anda dapat merasakan beban hidup
 yang dihadapi lebih ringan....malah, ketawa sering dijadikan ubat 
pelbagai penyakit seperti tekanan, arthritis, strok, diabetis dan penyakit jantung..
ketawa memberikan otot-otot dalam keadaan tenang 
dan membantu menghilangkan tekanan.....
hahahahahaha.......



ketawa terbahak2 akan membantu anda 
melepaskan enzim dan hormon yang sgt baik.
ia juga dapat mengaktifkan kembali sel T yang berfungsi sebagai antibiotik 
semulajadi, meningkatkan sistem imunisasi dan melawan penyakit....


dengan ketawa, anda akan dapat meningkatkan kepercayaan diri dan mental 
yang kuat dalam menghadapi segala masalah.secara x langsung, ketawa 
dapat membantu menurunkan tekanan darah dan 
membuatkan sistem aliran darah meningkat.



jadi...marila kite ketawa beramai-ramai...hahahaha~~~~




Selasa, 24 Mei 2011

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.


credit to my friend Are Nur yg menunggu masa utk bersalin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...