CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 29 Mac 2011

:: daripada wanita kepada wanita ::

Al-kisah nyer.....................

wanita (HAWA) dijadikan daripada tulang sum-sum lelaki (NABI ADAM) asalnyer....
Oleh itu...sehingga kini wanita merupakan tulang belakang kepada lelaki dalam mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan..........

 DAN
BERTUAHLAH anda dijadikan sebagai seorang WANITA...........


juga....jadilah seorang wanita yang SOLEHAH agar kelak kamu akan dihOrmati oleh setiap gOlongan masyarakat......


SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH

Mentaati Perintah Suami
Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan.

Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya
Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan.


Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya
Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya. 

Menolong Suami Dalam Urusan Agama Dan Dunia
Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci Allah. Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya. Dia juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sahih yang bermaksud:
"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."


AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN


Al-Baqarah ayat 285-286
(melapangkan hati, melenyapkan duka)
Al-Baqarah ayat 201
(memohon kebaikan di dunia dan akhirat)

Al-Mumtahanah ayat 4&5
(Tawakal dan dijauhkan dari fitnah)


sesungguhnya aku bukanlah seorang wanita yang baik dan sempurna...tetapi aku akan berusaha untuk menjadi seperti itu...........Allah sayangkan semua hamba-hambaNYA  :)


tatataaa..............  ;D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...