CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 30 Januari 2012

tambah pahala semasa mengambil wuduk

Tuntutan wuduk secara sempurna membolehkan solat penuh kusyuk..

Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu seperti :


    1. Ketika berkumur, berniatlah :

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"


    2. Ketika membasuh muka, berniatlah :
" Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahay) pada mukaku di akhirat kelak. Jangan kau hitamkan mukaku ini"


    3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah :
" Ya Allah, berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini"


    4. Ketika membasuh  tangan kiri, berniatlah :
" Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini"


    5. Ketika membasuh kepala, berniatlah :
" Ya Allah, lindungilah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu"


    6. Ketika membasuh telinga, berniatlah :
" Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"


    7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah :
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim"


    8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah :
" Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat"









  • Berwuduk bukan sahaja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat, tetapi juga disarankan supaya berwuduk apabila hendak membaca Al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur - sesungguhnya wuduk dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...