1 April sering dinanti-nanti oleh kebanyakkan orang kerana ia
merupakan hari APRIL FOOL.
April Fool disambut pada awal April bermula jam 12 tgh malam
sehingga masuk hari baru ke esokkan harinya...
Lazimnya, April Fool adalah tindakan mengenakan orang atau sesiapa
sahaja iaitu pada mulanya seperti serius
dan berakhir dengan gelak ketawa...
Hari April Fool dirayakan di seluruh dunia pada 1 April setiap tahun.
Kadang-kadang disebut sebagai Hari Kebodohan dan 1 April bukan hari cuti kebangsaan,
tapi secara luas diakui dan dirayakan sebagai hari di mana
setiap orang memainkan semua jenis lawak jenaka dan kebodohan.
Tetapi, negara kita telah mengharamkan masyarakat Islam merayakan April Fool kerana dipercayai bukan perayaan yang wajib disambut, memandangkan ia merupakan amalan org kafir di barat..
secara logiknya, memperbodohkan dan memalukan manusia dengan manusia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam kerana ia akan memalukan manusia dan menimbulkan rasa marah.
Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Jadi, jgn amalkan perayaan
and say no to
wallahualam....
daaaaaaaaaaaaaaa :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan